Asid folik @ B complex untuk perkembangan bayi

Kurang asid folik risiko bayi cacat @ Vitalea dan B complex shaklee lengkap dengan asid folik.
Perhatian kepada ibu2 atau bakal2 ibu atau teman2 wanita saya diluar sana yg sedang berusaha untuk menimang cahaya mata. Patikan anda mendapat cukup nutrisi samada semasa hamil atau sedang merancang untuk hamil. Ini kerana kegagalan kita mendapatkan nutrisi yang lengkap mungkin boleh mendatangkan risiko kepada bayi kita sebagai contoh kekurangan asid folik boleh mengundang kepada kecacatan tiub saraf (spina bifida). Kecacatan ini berlaku kepada bayi yang baru lahir bahkan ketika berada didalam kandungan lagi.

Spina Bifida berlaku apabila saraf tunjang tidak dapat ditutup sepenuhnya semasa proses tumbesaran di dalam rahim ibu. Jika tempat yang terbuka itu terlalu besar, ia boleh menyebabkan sebahagian daripada saraf tunjang bayi terkeluar dari lubang tersebut dan cecair tulang belakang (Spinal Fluid) pula berkumpul.

Kanak-kanak yang mengalami kecacatan ini akan menghadapi kesukaran untuk mengawal pundi kencing (poor bladder control), lumpuh separuh atau sepenuhnya, masalah penghadaman, alergik dan banyak lagi.

Proses pembentukan Spina Bifida ini berlaku semasa awal minggu kehamilan. Waktu itu, para ibu mengandung kemungkinan belum tahu yang mereka sedang mengandung. Sekiranya ibu mengandung tersebut kekurangan asid folik dalam badan, bayi dalam kandungan berisiko tinggi mendapat Spina Bifida. Pengambilan asid folik pada minggu ke 13 ke atas sudah tidak berguna lagi kerana waktu itu pembentukan tiub saraf sudah lengkap.

Oleh itu, para ibu disyorkan untuk memakan makanan yang kaya dengan asid folik 3 bulan sebelum kehamilan dan terus mengambilnya kepada 12 minggu pertama kehamilan. Terutamanya wanita yang hendak berkahwin, makanlah makanan yang kaya dengan asid folik sebelum kehamilan pertama. Mengapa? Sekiranya anak pertama mempunyai Spina Bifida, risiko kepada kehamilan seterusnya untuk mendapat kecacatan tersebut sangat tinggi!

Percaya atau tidak, kecacatan genetik ini berisiko tinggi kepada bayi yang mempunyai ibu mengandung yang tidak suka makan sayur!

Risiko Spina Bifida boleh dihindari jika kita banyak memakan makanan yang mengandungi ASID FOLIK (Folic Acid). 400 mikrogram Asid Folik setiap hari sudah mampu untuk menghindari risiko kecacatan ini kepada kandungan.

Jika anda seorang yang memang sukar hendak makan sayur anda perlu ambil supplement/vitamin tambahan yang boleh membekalkan asid folik.

Shaklee Vitalea (multivitamin) dan Shaklee B Complex mengandungi 200mcg asid folik setiap kapsul. Oleh sebab itu vitalea dan b complex ni terdapat dlam SET KEHAMILAN Shaklee ( rangkaina vitamin yang khusus untuk ibu2 hamil dan juga yang merancang untuk hamil)

Jika diperhatikan apa yang terdapat dalam SET VITAMIN IBU MENGANDUNG ini adalah sama dengan apa yg tertulis didalam jadual diatas. Jadi tak keterlaluan jika saya katakan SET VITAMIN IBU MENGANDUNG ini adalah pilihan terbaik untuk anda!
Vitamin E dan risiko kanser prostat - Vitamin E & selenium membantu!
Seperti juga wanita, kaum lelaki tidak terlepas dari masalah kesihatan seperti kanser prostat yang semakin tinggi bilangan penghidapnya. Seperti kanser lain, kanser prostat juga mengambil masa lama untuk 'membesar' dan pada peringkat awal biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda hinggalah di peringkat serius. Punca terjadinya kanser prostat masih tidak diketahui, tetapi ia bermula dengan satu benjolan kecil pada kelenjar tanpa menunjukkan sebarang gejala. Namun ada juga kes kanser prostat menunjukkan gejala seperti masalah prostatik hiperplasia benigna (BPH) iaitu ketumbuhan prostat bukan kanser yang menyebabkan kelenjar prostat membengkak dan pesakit sukar membuang air kecil.

Selain itu, pesakit mungkin menghadapi masalah sentiasa terasa hendak kencing dan kerap buang air kecil. Bagaimanapun, gejala ini lazimnya hanya timbul selepas sel kanser membesar sehingga boleh menekan saluran uretra dan menyekat laluan air kencing. Pada peringkat serius, kanser prostat boleh menyebabkan kencing berdarah atau pesakit tidak boleh kencing langsung. Tetapi, bagi sesetengah kes, gejala hanya muncul apabila sel kanser merebak ke anggota badan lain seperti tulang (pinggul dan rusuk) dan buah pinggang. Sel kanser prostat ini juga boleh merebak ke otak (yang menyebabkan sawan, sakit kepala, letih dan masalah saraf lain), tulang belakang (mengakibatkan rasa sakit, kebas dan tidak dapat menahan kencing)

Bagi saya mencegah lebih baik dari mengubati. Berikut beberapa vitamin yang membantu untuk mencegah atau dijadikan alternatif untuk merawat kanser prostat. Antaranya ialah:

1- ESP ~ genistein didalam protein soya menghalang pembesaran prostat & kanser prostat.
2- Zink complex ~ mengurangkan saiz kalenjar & meringankan simptom BPH
3-Gla Complex - membantu mengelakkan bengkak & inflamasi prostat
4-Vitamin E - selenium dalam vitamin E membantu mencegah pembengkakan prostat
5-Omega guard - membantu merembeskan hormon prostaglandin
kebiasaannya ibu-ibu mengandung  diberikan vitamin B-Complex & Asid Folik apabila membuat pemeriksaan di klinik kerajaan. Namun, tidak ramai yang tahu vitamin B complex tersebut tidak merangkumi 8 kumpulan B yg utama yang penting iaitu :

      B1 – Thiamin

      B2 – Riboflavin

      B3 – Niacin

      B5 – Panthothenic Acid

      B6 – Pyridoxine

      B7 – Biotin

      B9 – Folic Acid

      B12 – Cyanocobalamin

Vitamin B Complex yang dibekalkan percuma dari Klinik Kerajaan hanya merangkumi 3 jenis kumpulan vitamin B iaitu :

B1 – Thiamin,

B2 – Riboflavin &

B3 – Niacin.

Apabila si ibu mengambil vitamin B Complex dari Klinik Kerajaan & Asid  Folik, mereka masih kurang B5 – Panthothenic Acid, B6 – Pyridoxin, B7 – Biotin & B12 – Cyanocobalamin.

Bagi ibu hamil pengambilan vitamin B Complex ini sangat penting terutamanya kepada mereka yg menghidap Diabetes. Hanya 1 tablet sehari diperlukan.

Pengambilan B Complex boleh diteruskan sehingga selepas bersalin iaitu ketika dalam pantang kerana B-Complex juga bertindak sebagai penenang/anti stress, jadi ibu selepas bersalin boleh mengelak dari terkena penyakit ‘meroyan’.  Selain itu, bagi ibu menyusukan anak dengan susu badan, si manja juga dapat menikmati khasiat vitamin ini dengan kadar berpatutan seterusnya meningkatkan seri wajah ibu selepas bersalin.

Jom sihat bersama Shaklee....
Untuk dapatkan Vitamin anda dengan SERVIS PANTAS..
Jomm....Hubungi Saya Segera :
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
~~~Perunding Vitamin Anda : ~~~,
♡♡ Norhidayah Sha'ari
♡♡ Shaklee Independent Distributor
♡♡ [ ID No : 1089483 ]
♡♡ Contact No : 018-2495100
♡♡ Email : adi_alongz@yahoo.co.uk
♡♡ Facebook : Adi Hidayah
♡♡Blog: ummiraniahealthandbeauty.blogspot.com

♥♥ COD area Kajang, Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Semenyih, Ampang
♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia
■■Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 1089483 untuk dapatkan supplement anda ■■


Posted via Blogaway

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment